HOME ART TRADE EXCHANGE BANNER TUTOBIES

Aku Muslimah Loser



Aku muslimah, aku seorang pelajar dan aku seorang anak gadis.
Aku seorang muslimah kerana aku Islam.
Aku punya Allah. Hidup dan matiku hanya untuk Allah. Aku berpakaian mengikut syariat Islam, aku menutup aurat kerana itu kewajipan aku. Tidak perlu dipaksa kerana itu adalah perkara WAJIB dan perkara wajib itu tidak ada alasan untuk ditinggalkan. Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam meski diri ini masih lagi terkapai-kapai mencari keredhaan Illahi.
Aku seorang pelajar.
Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti meskipun keputusan SPM aku biasa-biasa saja. Namun, aku masih lagi gagal. Gagal kerana aku tidak berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minati. Jurusan yang aku belajar sekarang jauh lari daripada apa yang aku inginkan. Membuatkan aku stress kerana aku tidak mencintai apa yang aku belajar sekarang. Aku benci, aku tertekan.
Walaupun aku masih boleh catchup apa yang pensyarah aku ajarkan, tetapi passion nya tiada. Aku tidak ghairah. Tidak ghairah untuk mendalami apa yang aku sedang belajar, tidak ghairah menyiapkan segala tugasan yang aku dapat. Membuatkan aku malas hendak menyiapkan segala kerja yang aku dapat. Malas, malas, benci, benci. Kenapa, kenapa dari dulu lagi aku selalu buat apa yang aku tidak suka. Akhirnya aku yang tertekan. Ahh!
Sehingga suatu hari aku terpana dengan status seorang artis Muslimah, Heliza di laman facebook.
BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..Masihkah lagi tidak bersyukur?MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
Aku menangis. Malu rasanya. Aku hamba Allah yang tidak bersyukur. Aku muslimah loser kerana merungut terhadap apa yang Allah kurniakan kepada aku. Ya Allah, tetapkan imanku ini.
Aku seorang anak.
Anak kedua dari empat adik-beradik. Aku punya seorang abang dan seorang adik lelaki dan juga perempuan. Aku sangat menyayangi keluargaku. Siapa yang tidak sayang kelurga mereka. Kalau sayang, mestilah bicara baik-baik, kalau sayang mesti selalu ungkapkan rasa cinta, kalau sayang mesti selalu tolong-menolong.
Namun aku bukan begitu. Biacaraku biasa-biasa sahaja terhadap kedua ibu bapaku, bahkan kadang-kadang kasar, dan aku tahu aku mengguris hati mereka. Aku tahu, mereka sedih dan aku hanya mampu menangis di balik pintu. Kerana aku malu… Malu untuk mengungkapkan rasa maaf apabila aku menyakiti meraka, aku malu meluahkan rasa cinta kepada meraka, dan aku malas..malas menolong mereka melakukan kerja rumah.
Ahh.. Aku muslimah loser. Aku muslimah loser kerana aku tidak berasa malu mengungkapkan kata maaf kepada sahabatku tetapi begitu berat untuk diungkapkan kepasa ibu bapa ku begitu juga rasa sayang. Dengan sahabat, aku lain. Aku lembat lembut, aku tidak sampai hati menyakiti mereka. Bukan fake, atau plastik tetapi itu memang perwatakanku dengan mereka. Semulajadi.
Setiap malam aku menangis. Mengenangkan setiap salah dan dosa aku kepada mereka. Aku loser kerana aku hanya mampu menangis tetapi tidak berani untuk berdepan dengan ibu bapaku. Tetapi itu tidak bermakna aku tidak menyayangi mereka. Tidak! aku sangat mencintai mereka dengan sepenuh hati. Aku tidak pernah lupa untuk mendoakan mereka dalam setiap doaku, setiap hari. Aku berdoa biarlah Illahi menjemput aku dahulu kerana aku tidak sanggup kehilangan mereka dan aku tidak tahu bagaimana hidupku tanpa mereka.
Ibu ayah… ketahuilah aku sangat menyanyangi kalian. Walau apa jua tingkah ku, namun hatiku sentiasa rasa berdosa atas setiap lakuku. Ampunkan dosa anakmu ini ibu ayah..
Dalam hati, aku berdoa moga Allah pertemukan kita sekeluarga di syurga nanti. Amin.


Credit to : ILuvIslam
 Tertarik dengan artikel ini,ada banyak lagi..boleh pergi dekat sini ILuvIslam


Thank you for visit my blog

Simple Review Emergengency Couple


Bismillahirahmanirahim..Selamat pagi semua..Maaf dah lama menghilang..huhu..Tangan ini makin lama makin malas menaip..Nak melukis pun dah tak berapa dalam mood..Tapi disebabkan aku suka dengan karakter Ji Hyo dalam Emergency Couple ini..So,aku try melukis semalam..Posing doodle yang aku lukis agak pelik..Tegak semacam tapi sambil itu kenyit mata..hehe..Awkward Posing!! 
"Doodle ini tidak bermaksud nak membuka aib sesiapa pun..Hanya doodle biasa..^^"
Sinopsis Ringkas Emergency Couple
'Emergency Couple' adalah drama Korea yang bercerita tentang sepasang suami isteri yang berkahwin pada usia yang muda.Namun,tidak sampai setahun mereka telah bercerai disebabkan kepribadian mereka yang tidak bersefahaman.Enam tahun kemudian,takdir mempertemukan di saat mereka merupakan salah seorang pelatih di sebuah hospital.
Setakat ini,drama ini baru disiarkan di korea sahaja..So,sekarang dapat tengok online jer..
Yang baru nak menonton boleh pergi
Selamat menonton~


Thank you for visit my blog

Giveaway Birthday Azhafizah


"klik banner untuk join"
Biar pantun berbicara.....

Jalan yang gelap tiada kereta
Memandu seorang berhati-hati
Bismillahirrahmanirrahim sebagai pembuka kata
Semoga pantun ini memikat hati

Pilihan di sana pilihan di sini
Mencari keredhaan di dalam hati
Namanya Azhafizah pemilik giveaway ini
Artworknya cantik tersentuh hati

Angan-angan hanyalah maya
Menjadi hobi yang ternanti-nanti
Orangnya kreatif sudah berpunya
Itulah Aidil si pemilik hati

Bendanya licin ingatkan keli
Rupa-rupanya hanya sekeping plastik
Perkahwinan terjalin indah sekali
Semoga berkekalan sehingga mati

Impiannya hanya untuk berjaya
Mengubah nasib keluarganya kini
Bakat seninya menjadi kerjaya
Bersinar cantik si Blogger ini

Pergi membeli di kedai Pak Mat
Membeli bawang dan juga cili
Bulan Februari tarikh keramat
Lahirnya puteri yang cantik sekali

Pergi ke Jusco bershopping sakan
Jualan murah di sana sini
Selamat Hari Lahir ku ucapkan
Khas buat Birthday Girl ini

Makan pagi bersama Kamsiah
Order pula jus ceri
Di sini ku tinggalkan hadiah
Yang hanya mampu kuberi ^^

Ekekeke..gelak seorang-seorang buat pantun tak jadi ini..hehe..
Psst : Maaf curi beberapa gambar dan kalau terkasar bahasa dalam pantun ini~


Thank you for visit my blog

Request Vektor Lelaki dan Perempuan


Harituh ada blogger minta divektorkan..Aku tak tahu macam mana nak lukis rambut..kalau vektor perempuan bertudung litup tuh,retilah juga nak hentam2 kan..Kalau laki,yang bab rambut tuh hancur lagi..sebab tuh banyak yang aku lukis semua doodle/vektor perempuan..haha..Anyway,kali ini aku cuba juga lukis ambut tuh..walaupun agak kelakar bagi aku..
Vektor kali ini direquest oleh Scha Aryana
Dijemput semua ke belum adik tuh yer..(:


Psst : Harap semua boleh doakan saya untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm 2013..
Terima kasih~ ^^


Thank you for visit my blog

Exchange Banner


Jom exchange banner..^^

Banner Exchange :
    
Sesiapa berminat nak exchange banner,boleh comment dekat kotak comment yer..


Thank you for visit my blog

Request Doodle Kim Bum


Dapat pula doodle request kpop,Kim Bum..Aku buat ala-ala doodle..ambil gambar bawah nie sebagai contoh..Anyway,thanks dekat deviantart sebab bagi inspirasi lukis doodle ini..haha..tangan ini memang kaku nak lukis doodle laki2..Deviantart ini memang banyak doodle2 comel..korang boleh pergi tengok..Tak tipu..^^
Lukis punya lukis,jadi macam bawah ini..macam lain jer..Haha
Cepat-cepat aku adjust,jadilah macam bawah ini..Haha..
Lepas dah siap,aku baru perasan..warna rambut tuh patut warna coklat and kerinting.. =O K,buat-buat tak nampak jelah..Lepas ini projek nak kena lukis vektor dengan banner..hehe..Terima kasih yang sudi request..^^
Pemilik kedua-dua doodle di atas ialah Cik Eymasu 
Yang lain jangan nak ambil yer..^^


Thank you for visit my blog

Request Doodle dari Mardiah Diana


Dah lama tak terima doodle request,akhirnya ada seorang blogger yang minta aku lukis doodle untuk dia..dengan senang hati lukis,walaupun dah lama tak melukis..hehe..Tiba-tiba aku rasa puas hati tengok mulut doodle tuh.macam cantik jer aku tngk..hehe..perasan kejap..selalu bab lukis mulut,tangan semua fail..Sekarang nak kena belajar lukis tangan pula..hehe..okeyh..ini dia doodle yang telah siap..Harap blogger tuh sukalah..Jangan curi yer,doodle tuh hak milik dia..^^ 
Jangan terkejut,aku publish doodle tuh dalam original size,memang besar kedabak
http://3.bp.blogspot.com/-WHVFDDt-Slo/Usd42dulGDI/AAAAAAAAHUo/i5Qz9L2UId0/s1600/New+Picture+(1).png
Pemilik doodle diatas ialah Mardiah Diana
Sedekah sini >> klik <<


Thank you for visit my blog