Assalammualaikum..Semasa fiqah pulang dari sekolah tadi kawan-kawan fiqah ternampak ada lingkaran seakan-akan pelangi di matahari..Dengan "blurr-nya fiqah pada masa itu" fiqah pun lihat lingkaran itu..
Act,fiqah tak tahu apa-apa pun pasal lingkaran tuh..Fiqah dengar cerita dari kawan fiqah,ustaz sampai suruh student snap gambar itu..
Selepas baca entry dari >> E'Raz Fadli << barulah fiqah tahu..
Itu merupakan Fenomena Halo yang sedang berlaku di Malaysia hari ini.
*Gambar yang fiqah sempat tangkap*
Nak melihat gambar yang lebih menarik lagi >> klik saya <<
Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari.
Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.
Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.
Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.
credit to : >> E'Raz Fadli <<
oh baru tahu tentang halo,, selama ni tak pernah dengar pasal nih..thanks pasal info halo..ciptaan Allah sungguh indah dan unik
ReplyDeletewelcome..sharing is caring...(:
DeleteKenapa jadi macam ni ? Ada kaitan dengan ozon kita ka?
ReplyDeletemaybe..tapi fiqah pun kurang faham..(:
Deleteouhh taw2 tadi tengahari nmpk
ReplyDeletekan3?? (:
Deleteowhhh...halo rupanya. smlm ada tengok sorang kawan post pic cam nie. ingatkan gerhana ker apa. tp mmg cantik la pic dia amik. mmg ada lingkaran rainbow
ReplyDeletetulah..fiqah pun baru tahu selepas baca entry dari blogger E'raz Fadhli...cantikkan?? hehe (:
Delete